-->
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Bintang Bola Sepak Dahulu Dan Sekarang

Wednesday, 7 March 2012

Nicolas Anelka

Lionel Messi

Zinedine Zidane

Cristiano Ronaldo

Ronaldinho

Diego Maradona

Safee Sali

P/S: Ada banyak lagi star player tapi cukup la kot setakat ni :D








Fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Thursday, 1 March 2012
















Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat

Wednesday, 29 February 2012


Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan berdiri tegak,kemudian mengangkat tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat.Pada masa yang sama,kita akan membesarkan rongga dada manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.


Ketika ruku' dengan badan membengkok ke hadapan dan kedua tangan diletakkan di atas lutut serta punggung dalam keadaan mendatar,ianya akan menggerakkan ruas-ruas tulang punggung,tulang leher,tulang pinggang supaya berasa lebih bebas.

Semasa sujud pula,seluruh badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Ketika ini banyak otot dan sendi yang digerakkan tanpa di rancang.
Setelah itu,kita akan bangun semula dari sujud.Duduk di antara dua sujud dan sujud kembali.Selepas itu kita akan berdiri kembali.Dalam pergerakkan badan ketika itu,secara automatik kita telah mengerakkan sejumlah besar otot-otot di dada,bahu,lengan perut,punggung,paha ,kaki bahagian bawah dan sebagainya.

Jika dilihat dengan jelas,kesemua pergerakan yang dilakukan secara tidak sedar itu ,ianya membantu seseorang untuk memastikan kesihatan tubuh lebih terjamin tanpa perlu bersenam berjam-jam di tengah panas.Namun ianya perlu dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tersebut.




Adakah Bruce Lee Mati Kerana Silat Melayu?

Tuesday, 28 February 2012

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.


Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.


Bruce Lee

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. (Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.

Dicky Zulkarnaen
Dia bertarung dengan Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yang top sekitar awal 80-an). Dicky bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.


Beberapa Hari Sebelum Kematian
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita-berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

Beberapa Jam Sebelum Kematian
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

Beberapa Minit Sebelum Kematian
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.


Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir

Disini terdapat info mengenai serba sedikit Bugatti Veyron kepunyaan Mokhzani Mahathir.

  1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.
  2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.
  3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.
  4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.
  5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K). Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.
  6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.
  7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.
  8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.
  9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.
  10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.
  11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.
  12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.
  13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.
  14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.
  15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.
  16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.
  17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung.
Dibawah ini gambar kereta kepunyaan anak Tun M, iaitu Mokhzani Mahathir:






P/S: Anda mampu kerrr? 

5 Pemain Bola Sepak Yang Tertinggi Di Dunia

Monday, 27 February 2012

Selama ini kita hanya mengenali bahawa Jan Koller - 202 cm  (Republik Czech) dan Peter Crouch - 201 cm (England) adalah pemain bola sepak yang tertinggi dunia tetapi terdapat  lagi beberapa pemain yang lebih tinggi dari mereka. Di bawah ini terdapat 5 orang pemain bola  sepak yang tertinggi dunia:

  • Kristof Van Hout - 208 cm
Penjaga gawang bagi negara Belgium ini bermain untuk kelab Liga  Belgium, Standard Liege. Dengan ketinggian 2, 08 meter, pemain ini dianggap paling tinggi di dunia.

  • Yang Changpeng - 205 cm
Pemain yang berasal dari China ini pernah ditawarkan untuk bermain di Liga Inggeris iaitu di kelab Bolton Wanderas tetapi ia menolak kerana setia untuk bermain di kelabnya sekarang iaitu kelab Three Gorges Kantian,  China. Ia digelar Peter Crouch ni negaranya, China.

  •  Vanja IveÅ¡a – 205 cm
Penjaga gawang Croatia ini bermain untuk kelub Liga Turki, Eskisehirspor.


  • Tor Hogne Aarøy – 204 cm
Tor Hogne Aarøy (lahir 20 March 1977) adalah penyerang bagi negara Norway ini bermain untuk kelab JEF United, Jepun. Sebelum bermain di Jepun, pemain ini bermain untuk kelab Aaslesun FK di Norway.

  • Øyvind HoÃ¥s – 203 cm
Penyerang ini juga berasal dari Norway ini bermain untuk kelab di divisyen 2 di negaranya bersama kelab Sparta Sarpsborg FK.









Misteri Charlie Chaplin

Monday, 20 February 2012






Para perisik Britain berjaya menggagalkan rancangan dan merungkai kod Nazi tetapi mereka gagal menyelesaikan misteri asal usul pelawak lagenda, Charlie Chaplin.


Walaupun penghibur itu dikatakan sebagai salah seorang anak kelahiran London namun fail-fail baharu yang didedahkan oleh perisikan Britain, MI5, mendapati tiada rekod yang mendakwa Chaplin dilahirkan di sini pada 16 April 1889.


Fail-fail rahsia yang terdahulu dan didedahkan semalam oleh Arkib Nasional Britain menunjukkan penyiasatan agensi perisikan Britain, MI5 terhadap bintang filem bisu pada tahun 1950-an itu dibuat atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama mengesyaki dia merupakan orang yang bersimpati dengan fahaman komunis.


Para pengintip terkejut kerana tiada rekod kelahiran penghibur tersebut.


“Ia nampaknya seperti Chaplin adalah tidak lahir di negara ini atau namanya ketika lahir adalah lain daripada yang disebutkan,” kata MI5 yang membuat kesimpulan.


Kehidupan Chaplin seperti kisah dalam buku Charles Dickens yang bermula daripada miskin dan kemudian menjadi kaya.


Dibesarkan di London dalam keluarga penghibur, dia berpindah ke AS pada tahun 1910 dan menjadi antara kumpulan bintang Hollywood mega yang pertama dengan identiti pakaian selekeh dan memakai topi.


Dia juga merupakan pelakon pecah panggung dalam beberapa filem seperti The Gold Rush, City Lights dan The Kid tetapi aktiviti dan ahli sayap kiri yang dikaitkan dengannnya menyebabkan agensi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mula menyiasat pelakon itu pada awal tahun 1920-an.


Pada tahun 1952, akibat kebimbangan penyusupan pengaruh Soviet secara meluas di AS, pihak berkuasa AS meminta MI5 menyiasat hubungan politik Chaplin dan maklumat peribadinya termasuk khabar angin mengenai namanya itu satu penyamaran kerana nama sebenarnya ialah Israel Thornstein. Chaplin mati pada 25 Disimber 1977 semasa berumur 88 tahun . – AP

Megalodon Jerung Paling Besar Di Dunia

Thursday, 16 February 2012

Air laut merangkumi hampir 70% daripada permukaan bumi. Pada awalnya pemangsa yang hidup dibawah laut membesar dengan cepat. Pemangsa yang dikenali sebagai Megalodon menjelajahi kedalaman laut berjuta-juta tahun yang lalu. Jerung putih yang besar telah bertahan selama lebih dari 10 juta tahun. Sekarang ini pemangsa laut yang paling utama itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan Megalodon besar. Di bawah ini terdapat beberapa gambar mengenainya.


Rahang seekor jerung Megalodon

Saiz Megalodon berbanding spesies yu great white.

Biodata : Safee Sali Adalah Budak Kelas 4 Rajin

Wednesday, 15 February 2012

Siapa yang tidak kenal dengan Safee Sali, namanya kian popular di negara seberang. Beliau merupakan pemain bola sepak Malaysia yang paling mahal setakat ini. Berikut adalah biodatanya masa sekolah rendah:
BIODATA...Safee ketika sekolah menengah

Fakta Mengenai Duit Syiling


Ini ada satu fakta yang menarik. Jika kita melemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

P/S : Ada sapa2 yang nak cuba? 

Burung Yang Tidak Boleh Terbang


Kakapo adalah satu-satunya keluarga kakak tua yang tak boleh terbang di planet ini. Sedangkan sepupu mereka melakukan perjalanan melalui udara, spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat lainnya. Burung ini boleh ditemukan di Selandia Baru dan sering disebut sebagai burung beo hantu. Makhluk ini mendapat nama jolokan dari bentuk cakram bulu di sekitar mata. Burung beo ini juga ditetapkan sebagai burung beo terbesar dengan berat mencapai 8 kg.

5 Kebaikkan Makanan Pedas

  1. Menurunkan berat badan : Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
  2. Menyihatkan jantung : Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
  3. Mencegah Kanser : Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
  4. Menurunkan Tekanan Darah : Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
  5. Mengurangkan Stress : Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...