
Showing posts with label Aneh. Show all posts
Showing posts with label Aneh. Show all posts
Ikan Yang Aneh
Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus. Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.
Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang. Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Labels:
Aneh
Puak Yang Memakan Daging Gajah Mentah
Sejak 400,000 tahun lalu menurut kajian yang dilakukan oleh profesor di University Tel Aviv, daging gajah menjadi makanan rutin untuk mereka yang berada di Asia Tengah. Daging gajah adalah 60 peratus daripada makanan yang diambil oleh mereka. Ini kerana daging gajah mampu memberi protein yang cukup untuk mereka sepanjang tahun. Kini, di Asia Tengah, daging gajah kurang menjadi tumpuan kerana terlalu banyak gajah yang pupus di kawasan itu. Afrika pula menjadi lokasi di mana orang ramai makan daging gajah mentah sebagai rutin mereka.


Sumber: www.malaysiasensasi.net

Labels:
Aneh
10 Kasut Terpelik Dunia
Wednesday, 22 February 2012
Adakah anda seorang penggemar fesyen yang sukakan kasut yang menonjol di kalangan rakan-rakan anda? Di bawah ini terdapat beberapa jenis kasut yang akan membuatkan anda berfikir lebih 10x samada memakainya atau tidak.
Kasut Kadbod
Kasut Kadbod
Kasut ini direka oleh Mike Leavitt semasa pertunjukkan di dalam NYC pada 18 April 2009. Rupa kasut tersebut tidak lah luar biasa berbanding kasut lain tetapi bahan bagi menghasilkan kasut kadbod ini berbeza dengan kasut yang ada di pasaran. Ia merupakan idea yang hebat kerana menggunakan kotak kitar semula. Menarik bukan?
Kasut Yang Paling Berbahaya Di Dunia: Kasut Tarantula
Kasut Tarantula ini direka dengan tumit yang agak tinggi serta berbahaya kepada buku lali pengguna. Kasut ini direka setelah mendapat inspirasi dari kasut ikan mas sekitar tahun 70-an, dimana ketika itu pereka inginkan sesuatu kasut yang nampak hidup. Mungkin kasut ini agak keterlaluan kerana memperalat haiwan bukan?
Kasut Lanskap
Kasut ini kelihatan agak kemas dari segi rekaannya. Adakah anda seorang yang cintakan alam sekitar serta ternakan? Kasut ini sesuai untuk anda. Reka bentuk yang unik seperti rekaan kayu pokok, lembu, kuda dan rumput.
Kasut Hot Wheels
Kasut pelik ini direka oleh lelaki bernama Ronaldo Frago yang bekerja di syarikat Hot Wheels. Kasut ini sesuai untuk ibu-ibu yang inginkan kasut comel untuk anak perempuan mereka. Walaupun roda yang digunakan bukan sebenar tetapi ia tetap kelihatan comel di mata anda bukan?
Kasut Gameboy
Siapa kata seorang gamer tidak pandai berfesyen? Rekaan kasut yang agak geeky ini sebenarnya dwi fungsi dimana pemakai boleh mencabut Gameboy tersebut dan bermain dengannya. Dalam erti kata lain ia merupakan kasut hiburan mudah alih.
Kasut Bangku Tumit Tinggi
Adakah anda seorang yang peminat kasut dan mahukah anda memakai kasut ini? Kasut ini agak kelakar dari rekaannya dan tersangat lah pelik. Ia direka untuk wanita yang kurang ketinggian mungkin...
Kasut Yang Paling Berbulu: Kasut Tikus
Kasut ini sesuai ketika perayaan Halloween kerana ia menakutkan bukan? Ini kerana rekabentuknya menggunakan tikus yang mati dan diawet semula.
Kasut Seluar
Amat sukar untuk memberitahu kepada orang diluar sama ada ini kasut ataupun seluar. Kasut ini mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang.
Kasut Claw
Kasut unik ini ialah fesyen yang sesuai kepada pencinta fesyen Gothic dengan tumit yang direka kelihatan seperti kuku. Kenyataan orang yang memakainya berkata "saya suka kasut yang kelihatan seperti kaki ayam ini". Pelik tapi benar kan?
Kasut Tumit Tinggi Ala-Ala Pembuka Gabus Minuman
Kasut yang mempunyai tumit yang agak tajam ini direka setelah mendapat inspirasi dari pembuka gabus penutup minuman. Kasut ini kelihatan sempurna tetapi malangnya tumitnya membuatkan pembeli berfikir sama ada membelinya atau tidak, sebabnya kast ini berisiko untuk terpelecot sekiranya dipakai.

Labels:
Aneh
Subscribe to:
Posts (Atom)