-->

Gambar: Rekaan Unik Uncang Teh

Thursday, 9 February 2012


Paranormal Boleh Cakap Bahasa Asing


NORAINI didakwa boleh bertutur tiga bahasa. - Foto Mohamad Ishak
NORAINI didakwa boleh bertutur tiga bahasa. - Foto Mohamad Ishak

JERTIH: Doktor Pakar Saraf, Jabatan Neurosains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Muzaimi Mustapha, berkata keupayaan individu seperti dialami Noraini Ismail, 17, untuk bercakap bahasa asing selepas trauma kepada otak, memang wujud dalam bidang perubatan tetapi tidak dapat dijelaskan mengenainya kerana ia hampir dengan kegiatan paranormal. 

Beliau berkata, keadaan itu dikenali sebagai ‘xenoglossy’, iaitu sebahagian daripada gejala perubahan personaliti yang biasa dilihat kepada individu yang mengalami trauma otak.

Katanya, keadaan itu biasanya terjadi selepas personaliti kedua seseorang tercetus apabila berada bawah sedar atau hipnosis.
“Dalam kes Noraini, trauma otak dialami selepas nahas jalan raya mungkin menjadi pencetus dan menerbitkan personaliti kedua yang membolehkannya bercakap bahasa asing. 

“Selain itu, personaliti keduanya mungkin juga dipengaruhi drama dalam bahasa asing yang sering ditontonnya di televisyen. Ketika tidur, dia mungkin bermimpi dan fikiran bawah sedarnya menerbitkan personaliti kedua dan mengambil alih dirinya yang biasa. 

“Ini mungkin menjelaskan bagaimana gadis itu boleh berbahasa asing selepas bangun tidur,” katanya di sini, semalam. 

Noraini dari Kampung Seri Medang, Kampung Raja di sini, dikatakan tiba-tiba boleh berbahasa Cina dialek Hokkien, Korea, Jepun dan Indonesia sejak sebulan lalu, selepas terbabit kemalangan jalan raya. 
Ditanya berapa lama keadaan itu, beliau berkata, Noraini perlu menjalani imbasan otak untuk menilai keadaannya. 

Selain itu, katanya, masih terlalu awal untuk dikatakan sama ada kebolehan Noraini bercakap bahasa asing adalah kelebihan atau kekurangan dalam pelajarannya.  


“Imbasan otak boleh menunjukkan sama ada berlaku penyusutan kepada struktur otak yang membawa kepada keadaannya sekarang, malah dia juga wajar dinilai pakar psikologi kanak-kanak,” katanya. 

Mengenai hasrat Noraini masuk ke sekolah Cina selepas kebolehannya berbahasa itu, Dr Muzaini berkata, keputusan itu seharusnya dibuat selepas penilaian menyeluruh keadaannya dibuat. 

Sementara itu, ibu Noraini, Mansena Daud, 48, berkata keluarganya sedia menghantar pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di sini, melanjutkan pengajian ke sekolah Cina pilihannya, selepas melihat kesungguhan dan keupayaan anaknya itu. 

“Selepas keluar wad HUSM, Noraini terus bertutur bahasa asing menyebabkan kami tidak faham dan kebingungan. Dia mula bercakap bahasa asing tertentu selepas solat Subuh dan berterusan hingga jam 6 petang. 

“Saya risau kerana tidak faham bahasa itu, sebaliknya terpaksa menggunakan isyarat dan tulisan dalam bahasa Melayu ketika berinteraksi dengannya setiap pagi,” katanya.



SUMBER: Berita Harian


P/S: Haizzz. macam ni aku pun mau. tuptup bole ckp byk bahasa :D

Apabila Kanak-Kanak Berusia 16 Bulan Bermata Duitan

Wednesday, 8 February 2012


Penyakit Yang Kita Sedar Dan Tidak Sedar

China Menghasilkan iPhone5, iPhone 6 Dan iPhone 7?

Sementara  kita semua menanti ketibaan iPhone 5 dari syarikat Apple, China terlebih dahulu mengeluarkannya! (Ia digelar Phone 5, iPnoho 6,  iPncne 7 ) www.BeaLog.Net


china produce iphone5 iphonr6 iphone7 03
iPhone 5

china produce iphone5 iphonr6 iphone7
iPhone 6 a.k.a iPhoho6 

china produce iphone5 iphonr6 iphone7 02
iPhone 7 a.k.a iPncne 7

china produce iphone5 iphonr6 iphone7 04
Sapa2 yang berminat? Atas ni salah satu kedai yang menjualnya (China sahaja) No Title

Pernahkah Anda Melihat Air Terjun Membeku?

Disini terdapat beberapa gambar yang menunjukkan suatu kawasan air terjun di German yang terlalu sejuk sehingga membeku.


Orang ramai melihat air terjun Triberg di Black Forest berdekatan dengan Triberg, selatan Jerman semasa suhu jauh di bawah sifar, pada 7 Februari, 2012.

Seorang pelancong dari Bad Urach, Jerman mengambil gambar di belakang lapisan kerucut ais. Gelombang sejuk melanda seluruh Eropah serta membawa salji yang tebal.

Sebuah kereta memandu melalui lanskap salji yang tebal di Inselberg gunung di timur Jerman, pada 6 Feb. Kesejukan yang melampau telah menyebabkan pelarangan penerbangan serta selain itu angka kematian dilaporkan tidak kurang dari 200 orang.

Bungkusan makanan yang beku dilihat dari Jambatan Stadtbruecke di Frankfurt Oder, Jerman, 7 Februari. Ianya telah hanyut sejauh lebih daripada 140 kilometer Sungai Oder di sempadan antara Jerman dan Poland.

Seorang pejalan kaki berjalan di tangga salji di taman Olimpik di Munich, Jerman selatan, pada 7 Februari. Suhu menjunam ke paras terendah di Eropah di mana dalam tempoh dua minggu telah mengorbankan 220 nyawa.

Sekumpulan lelaki bermain hoki ais di Alster sekitar kawasan Hamburg, Jerman. Ais dilaporkan setebal 18 cm.

Ais kristal tergantung dari roda air di muzium teknikal di Annaberg-Buchholz, timur Jerman pada 7  Februari, 2012.


P/S: fuh~ selamat Malaysia x macam ni.

18SG: Bahaya Selipar Buatan Cina


Hati-hati jika membeli atau menggunakan selipar murahan buatan cina, kaki anda seperti imej di bawah ini. Kerana menurut STOMP (Strait Times Online Mobile Print), plastik dan cat dari cina menggunakan bahan yang murah dan berkualiti rendah.







Gambar: Apabila Telur Mempunyai Perasaan

Apabila imaginasi melampaui batas :D











P/S: kalau betul... sumpah x makan telur lepas ni.

Gambar: Lelaki Ini Mampu Menggigit Hidungnya Sendiri!

Thursday, 2 February 2012







P/S: wuu~ x dak dagu ke apa :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...