-->

Apa Yang Terdapat Di Dalam Almari Ini?

Thursday, 16 February 2012

Cuba anda teka di dalam almari ini terdapat apa? Mungkin ini kali pertama anda melihat kejadian ini, pelik tapi benar. Tapi ini caranya untuk anda mendapat ketenangan dan tidak diganggu oleh manusia ataupun paranormal ketika melayari internet serta bermain games :D Yeah! Memang betul2 privacy. Sila lihat gambar di bawah ini:






Cara Untuk Mengelak Dari Ditinggal Bas

Adakah anda tergolong dari orang2 yang "last minute"? Ini cara yang paling sesuai bagi mengelakkan dari terlepas bas, dan cara ini telah dicuba dan didapati 99% berjaya. Heheh. Lihat gambar dibawah ini:




Biodata : Safee Sali Adalah Budak Kelas 4 Rajin

Wednesday, 15 February 2012

Siapa yang tidak kenal dengan Safee Sali, namanya kian popular di negara seberang. Beliau merupakan pemain bola sepak Malaysia yang paling mahal setakat ini. Berikut adalah biodatanya masa sekolah rendah:
BIODATA...Safee ketika sekolah menengah

Fakta Mengenai Duit Syiling


Ini ada satu fakta yang menarik. Jika kita melemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

P/S : Ada sapa2 yang nak cuba? 

Burung Yang Tidak Boleh Terbang


Kakapo adalah satu-satunya keluarga kakak tua yang tak boleh terbang di planet ini. Sedangkan sepupu mereka melakukan perjalanan melalui udara, spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat lainnya. Burung ini boleh ditemukan di Selandia Baru dan sering disebut sebagai burung beo hantu. Makhluk ini mendapat nama jolokan dari bentuk cakram bulu di sekitar mata. Burung beo ini juga ditetapkan sebagai burung beo terbesar dengan berat mencapai 8 kg.

5 Kebaikkan Makanan Pedas

  1. Menurunkan berat badan : Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
  2. Menyihatkan jantung : Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
  3. Mencegah Kanser : Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
  4. Menurunkan Tekanan Darah : Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
  5. Mengurangkan Stress : Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

Tranformers Dari Polystyrene?

Tuesday, 14 February 2012


Polystyrene selalunya digunakan untuk melindungi barangan apabila dihantar dengan cara pembungkusan. Tetapi seorang profesor seni digital dari Universiti Oregon iaitu Micheal Salter, menggunakan polystyrene untuk membina arca robot, kereta formula dan motosikal. Arca terbesarnya adalah setinggi 22 kaki atau 6.7 meter dan dikelilingi arca robot yang kecil yang tujuannya adalah untuk menjarakkan orang yang lalu lalang atau ingin melihat arcanya supaya tidak menyentuh atau mengusiknya. Salter membina arca tersebut dengan memotong polystyrene kecil2 dan melekatkannya dengan gam dan ianya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiapkannya.








P/S: Agak2 anda boleh  x buat  macam ni? :D


(Gambar) Jet Hello Kitty

Syarikat komik Jepun,Sanrio,yang memiliki jenama Hello Kitty telah berkejasama dengan syarikat pernebangan EVA di Taiwan untuk menghasilkan 3 jet bertemakan Hello Kitty iaitu  'Apple Jet','Global Jet'dan 'Magic Jet'.Jet ini akan terbang selama sekurang-kurangnya setahun di laluan yang berlainan di Asiayang bermula dari Taipei.



Semua benda yang berada di dalam kapal terbang itu bertemakan Hello Kitty,daripada sabun yang anda akan gunakan dalam tandas sehinggalah ke atendan penerbangan.Penumpang juga boleh membeli produkbebas cukai edisi terhad seperti pasta berbentuk Hello Kitty daripada atendan penerbangan yang sentiasa ceria memakai apron Hello Kitty .






Cat Atau Halimunan?

Cuba teka?
i207.photobucket.com/albums/bb234/vurdlak8/illusions/car-illusion1.jpg

i207.photobucket.com/albums/bb234/vurdlak8/illusions/car.jpg

Kisah Lelaki Paling Gemuk Di Dunia, Keith Martin

Kieth Martin, Lelaki Paling Gemuk Di Dunia


London – Lelaki ini perlu ‘membaham’ sekurang-kurangnya lapan hidangan hot dog untuk sarapan pagi pada setiap hari dan memerlukan lebih dari 18 orang pembantu untuk memastikan dirinya terus bernyawa, sekaligus menjadikannya manusia paling gemuk di dunia.


Keith Martin, berusia 42 tahun dan tinggal di Harlesden, London, terpaksa mengharungi kehidupan sukar bagi dirinya akibat kegemukan terlampau dan dalam masa yang sama terpaksa juga membebankan ramai pihak lain yang mengambil berat tentang dirinya.


Berat terkini beliau adalah 368 kilogram menjadikannya dirinya di iktiraf sebagai lelaki paling gemuk di dunia mengalahkan ‘juara dunia bertahan’, Manuel Uribe dan Paul Mason yang berjaya menurutkan beratkan ratusan kilogram sebelum ini.


Menurut anggota pasukan medik yang melayan karenah Kieth, mereka memerlukan lapan pekerja ambulan untuk mengusung lelaki itu ke hospital untuk mendapat rawatan pada 10 tahun yang lalu.


Ia membawa maksud bahawa kali terakhir Keith bangun dari tempat tidurnya adalah pada 10 tahun lampau dan kini terpaksa menghabiskan masanya terlantar di atas katil sahaja menunggu lawatan unit perubatan di rumahnya.


Menurutnya lagi, Kieth memerlukan empat petugas medik untuk melawatnya dua kali sehari dan empat jururawat untuk memandikan serta memantau kesihatannya setiap minggu bagi membantunya mengurangkan berat badan.


Keith yang sedih atas kematian ibunya pada 16 tahun yang lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempedulikan tentang dirinya dan makan apa saja bagi menghilangkan tekanan.


“Ibu saya meninggal dunia pada 16 tahun lalu, saya tak peduli lagi tentang diri saya sejak itu..dan saya makan apa saja selepas itu..” katanya yang dipetik dari media antarabangsa, Dailymail.uk.com, baru-baru ini.


Bagaimanapun, lelaki paling gemuk di dunia itu menyesal dengan tabiat pemakanannya yang tidak terkawal itu dan menyalahkan dirinya yang bertindak mengikut kehendak hati tanpa memikirkan kesannya pada kemudian hari.


“Saya menyalahkan diri sendiri. Semua ini memang salah saya dan saya benci apa yang telah saya lakukan kepada diri sendiri,” katanya lagi penuh kesal.


Kieth memiliki dua orang kakak yang bergilir-gilir melawatnya setiap hari dan menghabiskan masanya menguyah gula-gula, kek, biskut dan sosej sambil menonton televisyen di katil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...